Kajang, 24 Februari 2021 - Mampu mengaut keuntungan bersih sehingga RM2 juta walaupun baru beroperasi tidak sampai tempoh dua bulan.
Itu 'duit' mudah diperolehi sindiket perjudian dalam talian dan penipuan bidaan dengan menyasarkan warga China sebagai mangsa penipuan.
Bagaimanapun kegiatan mereka yang menjadikan rumah mewah di kawasan Hulu Langat, di sini, sebagai markas operasi berjaya dihidu dan dibongkar polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, kediaman mewah itu diserbu pihaknya jam 12.30 tengahari.
"Hasil serbuan, polis berjaya menahan 31 individu termasuk empat wanita warga China berusia 20-an dipercayai pekerja di pusat operasi sindiket itu.
"Polis turut merampas komputer riba dan peralatan yang digunakan untuk aktiviti penipuan berkenaan,"katanya pada sidang media di lokasi serbuan.
Bacaan lanjut seperti di pautam berikut, https://www.hmetro.com.my/…/jadi-jutawan-hasil-tipu-lelong-…
Sumber: Harian Metro

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/249699300091562