Berita

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: TINDAKAN NAIK KOMPAUN INGKAR SOP WAJAR - KPN

Kuala Lumpur, 26 Februari 2021 - Tindakan menaikkan jumlah kompaun hingga RM10,000 terhadap individu manakala RM50,000 ke atas syarikat atau pertubuhan yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 adalah wajar.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, dengan kadar kompaun baharu itu, ia akan meningkatkan pematuhan orang awam terhadap SOP dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19.

“Individu yang berulang kali melanggar SOP berkenaan perlu mengambil serius isu kompaun baharu ini.“Penganjur himpunan atau perjumpaan sosial secara haram dan pemilik premis hiburan yang secara terbuka melanggar SOP itu juga perlu takut dengan kadar maksimum kompaun itu,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa tegas dalam menguatkuasakan undang-undang.
Tegasnya, tempoh untuk memberi amaran dan nasihat untuk mereka yang melanggar SOP sudah berakhir.

“Tindakan lebih tegas ini menunjukkan polis serius dalam usaha membendung penularan jangkitan berkenaan. Orang awam juga perlu mainkan peranan dengan patuh kepada SOP sedia ada,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Tindakan-naik-kompaun...

Sumber: Abdul Hamid Bador dan Sinar Harian Online


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS