Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[KEMASKINI] ARTIKEL PILIHAN: BOB MAH SING TELAH DITAHAN POLIS

Petaling Jaya, 27 Februari 2021 - Penjenayah yang terbabit dalam kejadian rempuhan dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, di sini, semalam sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor semalam.
"Siasatan mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai 20 rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

"Suspek yang dikenali sebagai Bob Mah Sing yang diburu pihak polis semalam selepas melarikan diri ditahan pada 11.45 malam tadi," katanya.

Tuan Nik Ezanee berkata, kedua-dua suspek yang terbabit dalam kejadian itu akan direman hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958,"katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../bob-mah-sing-dah-ditahan

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS