Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PRO NAIB CANSELOR UKM

Kuala Lumpur, 31 Mac 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menerima kunjungan hormat daripada Pro Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Kuala Lumpur), Profesor Dato' Dr. Hanafiah Harunrashid di pejabatnya dekat Bukit Aman, pagi tadi.
 
Lawatan tersebut bertujuan menjalin kerjasama erat di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dalam memberi perkhidmatan kesihatan terbaik buat warga Pasukan.

Tan Sri Abdul Hamid menerusi posting facebooknya turut merakamkan ucapan penghargaan kepada pengurusan HCTM yang telah menawarkan wad khas untuk pesakit dari kalangan warga PDRM.

"Saya menyambut baik idea HCTM mewujudkan wad khas berkenaan kerana secara tidak langsung ia turut membantu dalam meningkatkan lagi kebajikan buat warga PDRM," ujar beliau dalam hantaran Facebook rasminya tadi.

Hadir sama, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf dan Pegawai Perubatan HCTM, Dr. Levin Kesu Belani.

Sumber: Abdul Hamid Bador

May be an image of 2 people, people sitting, indoor and text

May be an image of 2 people, people sitting, indoor and text

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'IBU PEJABAT DIRAJA MALAYSIA! BUKIT AMAN HAK K.PDRM'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS