Putrajaya, 31 Mac 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador petang tadi mengadakan lawatan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sini bagi berbincang bersama Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Dr. Adham Baba berhubung perkembangan status wabak COVID-19.
Ketibaan Tan Sri Abdul Hamid pada jam 5.50 petang di Blok E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu disambut oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama para pegawai kanan kementerian.
Turut hadir mengiringi KPN ialah Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Razarudin Husain.
KPN turut diberi peluang melihat dengan lebih dekat sistem pengoperasian harian CPRC termasuk data-data terkini secara "real-time" berkaitan kes baharu wabak COVID-19 dalam negara.
Dalam perbincangan empat mata bersama Dato' Sri Dr. Adham tadi, KPN sekali lagi menyatakan komitmennya untuk terus berkolaborasi bersama KKM menangani dan memutuskan rantaian wabak yang melanda dunia kini.
Hadir sama tadi ialah Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato' Dr. Haji Noor Azmi Haji Ghazali dan Ketua Setiausaha KKM Dato' Mohd Shafiq Abdullah.
Manakala delegasi Polis Diraja Malaysia terdiri daripada Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Kamarudin Md Din, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Forensik/Perancangan Strategik), DCP Tuan Ahmad Taufek Abdullah, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf serta Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, SAC Dato' Mohd Nazri Hussain.
Jurugambar: Sarjan Mejar Zaiddin Dahalan, Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Konstabel Muhd Khairul Hilmi Zaini.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN