Berita

DATO' SRI ACRYL SANI TERIMA WATIKAH PELANTIKAN KPN KE-13 DARIPADA MDN

Putrajaya, 30 April 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani hari ini menerima surat pelantikan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) daripada Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin, di sini.

Majlis serba ringkas tersebut turut dihadiri oleh Timbalan MDN I, Dato' Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said, Timbalan MDN II, Tuan Jonathan Yasin, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz dan barisan ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KPN antara IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dengan Dato' Sri Acryl Sani dijadualkan berlangsung pada Isnin depan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Dato' Sri Acryl Sani bakal menjadi KPN yang ke-13 dalam lipatan sejarah negara dan Polis Diraja Malaysia.

Bagi pihak seluruh warga Pasukan, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas serta selamat bertugas buat Dato' Sri Acryl Sani.

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of one or more people, people sitting, people standing, suit and indoor

May be an image of 1 person, sitting and standing

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person, standing, suit and indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS