Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJK ADAKAN LAWATAN KERJA KE IPK PAHANG

Kuantan, 30 April 2021 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Kehadiran beliau yang disambut oleh Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Mohd Yusri Haji Hassan Basri itu bertujuan memberikan amanat kepada pegawai kanan polis khususnya Pegawai Penyiasat berhubung prosedur siasatan selain mengingatkan mereka agar sentiasa menjalankan tugas dengan penuh berintegriti.

Selain itu, beliau turut menekankan kepada Pegawai Penyiasat Kanan agar menyelia dan memantau kertas siasatan yang dibuka bagi mencapai tahap siasatan yang berkualiti sekali gus dapat meningkatkan prestasi JSJK IPK Pahang.

Turut hadir, barisan ketua jabatan dan para pegawai kanan IPK Pahang.


May be an image of one or more people

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'POLIS DAN ASYARAKAT, BERPI AH TIADA'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS