Berita

#PKP #COVID19 [ARTIKEL PILIHAN] VIDEO TULAR: WANITA TULAR UGUT POLIS DIREMAN 2 HARI

Kota Kinabalu, 21 Jun 2021 - Wanita yang tular dalam rakaman mengugut anggota polis di sekatan jalan raya di Jalan Kepayan, di sini, pada Khamis lalu, direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut.

Wanita berusia 34 tahun itu ditahan di kondominiumnya di Jalan Lintas, di sini, kira-kira jam 11.20 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Tuan Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika ditahan, polis turut merampas pakaian dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.

Katanya, polis turut mengambil tiga lagi telefon pintar milik anggota polis yang bertugas bagi membantu siasatan lanjut.

"Pakaian dirampas itu bagi mengenal pasti ia pakaian dipakai wanita terbabit dalam kejadian yang dirakam dalam video berkenaan.

"Ketika insiden itu, polis mengeluarkan saman terhadap wanita berkenaan atas kesalahan tamat tempoh cukai jalan dan insurans kenderaan.

"Bagaimanapun, berlaku kekecohan sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ugutan selepas saman dikeluarkan terhadapnya," katanya.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS