Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] VIDEO TULAR: ANGGOTA POLIS CEDERA KETIKA BERGELUT DENGAN PENJENAYAH JALANI PEMBEDAHAN

Balik Pulau, 24 Jun 2021 - Anggota polis yang tercedera selepas bergelut dengan suspek curi lori di Sungai Tiram, Bayan Lepas, di sini, semalam, dilaporkan akan menjalani pembedahan.

Pembedahan dilakukan di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi merawat kecederaan di tangan kanannya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan mendapati suspek yang berusia 31 tahun itu mempunyai dua rekod dadah dan satu rekod curi kenderaan.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing suspek didapati negatif daripada pengambilan dadah.

"Suspek yang mengalami kecederaan turut dirawat di hospital sama.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

Superintendan Kamarul Rizal berkata, dalam kejadian pada jam 4 petang itu, anggota polis didatangi pemilik lori yang mendakwa kenderaannya yang diparkir di pasar raya di Bayan Baru, dilarikan seorang lelaki.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../anggota-polis-cedera-jalani...
Sumber: Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS