Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#OP_BENTENG POSTING PILIHAN: GAGAL SELUDUP PATI GUNA BOT NELAYAN

 
Langkawi, 27 Jun 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki cuba menyeludup masuk empat warga Myanmar ke negara ini di perairan Teluk Apau di sini, semalam.

Pemangku Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang, Superintendan Shoppri Saad berkata, kesemua mereka ditahan di lokasi tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
“Lelaki yang berusia 33 dan 35 tahun itu dipercayai tekong laut. Mereka disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ke pulau ini melalui jalan tidak diwartakan menggunakan bot nelayan.

“Sebuah bot gentian kaca bersama enjin, sejumlah wang tunai serta telefon bimbit dianggarkan bernilai RM20,500 telah dirampas dan kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1963,” katanya, semalam.

Sumber: Pasukan Polis Marin Wilayah Satu dan Kosmo

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of body of water

May be an image of body of water

May be an image of 1 person and body of water

May be an image of body of water and nature
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS