Kuala Lumpur, 23 Julai 2021 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai dan anggota polis yang melanggar peraturan.
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainuddin berkata, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) atau peraturan lain bukan hanya terpakai pada rakyat sahaja.
"Kalau kita sudah memberikan amanah kepada pegawai polis dan mereka melanggarnya, pada saya individu seperti ini tidak harus ada dalam pasukan.
"Saya juga sudah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Acryl Sani Haji Abdullah Sani supaya tindakan tegas diambil terhadap pegawai-pegawai seperti ini," katanya ketika ditemui selepas mengetuai Op Patuh di Mont Kiara, di sini, hari ini.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN