Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

OP BENTENG: TIMBALAN KPN TERUSKAN LAWATAN KE KONTINJEN KEDAH

OP BENTENG: TIMBALAN KPN TERUSKAN LAWATAN KE KONTINJEN KEDAH

Alor Setar, 25 Julai 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pagi tadi bagi meneruskan lawatan kerja meninjau penugasan Op Benteng di sekitar negeri itu.

Ketibaan beliau bersama Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato' Kasuahdi Ali disambut Ketua Polis Kedah, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat dan timbalannya, DCP Dato' Mohd Roze Shaari.

Dalam jadual lawatannya tadi, Datuk Seri Haji Mazlan turut meninjau pelaksaan projek pembangunan baharu Balai Polis dan Markas Taktikal Pasukan Polis Marin dekat Kuala Kedah selain menyantuni para pegawai dan anggota yang terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya Op COVID-19 di Plaza Tol Alor Setar Utara.

Sejurus selesai, beliau dan rombongan juga sempat melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar bagi mendekati warga Polis Diraja Malaysia yang bertugas di sana sebelum mengakhiri lawatan kerja di Pulau Langkawi.

Datuk Seri Haji Mazlan semalam bertemu Ketua Polis Perlis, SAC Dato' Surina Saad di pejabatnya dekat Kangar sejurus selesai melawat Batalion 3, Pasukan Gerakan Am di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Hadir sama, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran), SAC Tuan Ruslan Khalid dan Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Tuan Ahmad Shukri Mat Akhir.

Sumber: Polis Kedah

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS