Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH KDNKA ADAKAN LAWATAN KERJA KE ESSCOM

Lahad Datu, 26 Julai 2021 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kasim mengadakan lawatan kerja ke pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai timur Sabah (ESSCOM) di sini, hari ini.

Kehadiran Dato’ Zainal disambut baik oleh Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman di perkarangan pejabat beliau bersama warga kerja ESSCOM.

Lawatan tersebut bertujuan mendengar sendiri taklimat mengenai hala tuju, pengoperasian dan kejayaan ESSCOM dalam mengemudi operasi-operasi keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sepanjang tahun 2021 di Pusat Operasi (PUSOP) yang disampaikan oleh Asisten Ketua Staf Bahagian Operasi Darat ESSCOM, ACP Tuan Syed Ahmad Tajudin.

Sumber: Eastern Sabah Security Command -Esscom

May be an image of 2 people, people standing, military uniform and outdoors

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS