Seluruh warga Polis Diraja Malaysia merafak sembah serta ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena memuliakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya Yang Ke-62 pada hari ini, 30 Julai 2021 (Jumaat) bersamaan 20 Zulhijjah 1442H.
Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.