Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[VIDEO PILIHAN] HARI PAHLAWAN 2021: KAKI KANAN PUTUS AKIBAT TERPIJAK JERANGKAP SAMAR

Kota Bharu, 29 Ogos 2021 - Tanggal 31 Disember 1977 menjadi titik sejarah yang dikenang seumur hidup bagi pesara Lans Koperal (Bersara) Yaacob Daud, 74, kerana pada hari itulah dia kehilangan kaki kanannya yang putus hingga ke bahagian betis akibat terpijak jerangkap samar.

Mengimbas kembali kejadian itu, Encik Yaacob berkata, pada ketika itu dia berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) bersama satu batalion seramai 32 anggota terbabit dalam Op Kota Echo untuk menjejaki komunis.

Katanya, kira-kira 10.00 pagi, dia bersama tiga anggota ditugaskan untuk meninjau di sekitar kawasan Sungai Bedil bagi tujuan memasang khemah untuk bermalam di kawasan berkenaan sebelum meneruskan perjalanan untuk menjejaki komunis.

"Bagaimanapun, saya yang ketika itu berada di hadapan sudah ditembak di bahagian sebelah kiri perut oleh pengganas komunis apabila mereka menyedari kehadiran kami.

"Lebih malang lagi, dalam keadaan kelam kabut, kaki sebelah kanan saya juga sudah terpijak jerangkap samar yang ditanam oleh musuh dan selama lima minit saya cuba bertahan dan apabila kaki diangkat ia terus meletup menyebabkan saya terpelanting sehingga menyebabkan kaki kanan hancur dan putus.

"Pada ketika itu, tidak dapat digambarkan betapa sukarnya saya dalam keadaan cedera mahu keluar dari medan perang selain perlu menahan kesakitan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Kecil, Melor, di sini, hari ini.

Encik Yaacob berkata, selepas mengalami kecederaan akibat terkena tembakan komunis dan juga jerangkap samar, kira-kira 12 tengah hari pada hari yang sama dia diterbangkan ke hospital selepas dihubungi oleh pegawai penyiasat batalion untuk mendapatkan bantuan.

"Setibanya di Hospital Ipoh, Perak, doktor yang merawat saya pada ketika itu melakukan pembedahan segera dan disebabkan kecederaan teruk, kaki kanan saya terpaksa dipotong hingga paras bawah lutut bagi membuang serpihan tulang selain mengelakkan jangkitan kuman.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.hmetro.com.my/.../terpijak-jerangkap-samar...

Sumber: Harian Metro