Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT ADAKAN LAWATAN KERJA KE JSPT KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 30 Ogos 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Azisman Alias telah mengadakan lawatan kerja ke JSPT Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Kunjungan tersebut merupakan kesinambungan kepada siri lawatan kerja rasmi beliau ke kontinjen-kontinjen seluruh negara.

Selain beramah mesra dan memberikan amanat kepada warga JSPT Kuala Lumpur, Dato' Azisman turut berkesempatan menyampaikan sijil penghargaan kepada warga kerja JSPT Kuala Lumpur yang telah mempamerkan kecemerlangan dalam tugas termasuk dua anggota JSPT iaitu Lans Koperal Hafizul Khalis Anuar dan Konstabel Wan Muhammad Hazleeshah Wan Hasbullah atas keberanian mereka menyelamatkan tiga beranak yang terperangkap dalam banjir kilat di Sungai Klang, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Tuan Sarifudin Mohd Salleh, Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Tuan Shahrum Hashim dan para pegawai kanan polis.

Sumber: JSPT KL

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS