Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2021: VETERAN POLIS KONGSI KISAH DI SEBALIK KEMERDEKAAN, ORANG KAMPUNG DICULIK DAN POLIS DIBUNUH

Kemaman, 31 Ogos 2021 - Orang kampung diculik, polis dibunuh dan ada yang hilang entah ke mana.

Keadaan itu dinyatakan veteran polis Lans Koperal Abdullah Othman, 92, mengenang kesengsaraan sebelum negara mencapai kemerdekaan terutama ketika komunis mengganas di Terengganu.

Mengingat kembali peristiwa itu, Encik Abdullah berkata pada 1949, beliau yang bertugas di Balai Polis Kemasik diminta membantu anggota polis diserang komunis di Kampung Air Jernih, Kemasik, namun apabila tiba di situ, pasukan yang bertempur itu didapati telah meninggal dunia.

"Melihat darah dan mayat empat rakan setugas membuatkan saya sentiasa sedih sehingga ke hari ini. Kejam sungguh mereka (komunis), bukan sahaja membunuh anggota polis malah menculik orang kampung yang tidak berdosa.

"Kebanyakan mangsa culik tidak dapat ditemukan sama ada hidup atau mati," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Taman Sri Penunjuk, Kijal, Terengganu di sini.

Bapa kepada empat anak yang saban tahun akan menonton semula detik kemerdekaan menerusi televisyen mahupun internet dengan ditemani isteri Puan Ngah Jusoh, 88, berkata usia lanjut bukan penghalang untuk beliau menzahirkan semangat patriotik.

Berdasarkan prinsip itu, beliau sering menghiasi kawasan rumahnya dengan Jalur Gemilang sekali gus mengingatkan generasi kini tentang pentingnya menghayati kemerdekaan negara.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1998253

Sumber: BERNAMA

Di sebalik kemerdekaan: Orang kampung pernah diculik, polis dibunuh - Veteran polis
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS