Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SELAMAT MEMIKUL AMANAH NEGARA BUAT MDN

Kuala Lumpur, 31 Ogos 2021 – Dato’ Seri Hamzah Zainudin telah diberi kepercayaan sekali lagi memikul amanah menerajui Kementerian Dalam Negeri selepas Majlis Angkat Sumpah Simpan Rahsia dan Sumpah Jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri (MDN) di Istana Negara, semalam.

Menerusi kenyataan di Facebook miliknya, Dato’ Seri Hamzah berikrar akan melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan sebaik mungkin demi masa depan negara yang lebih aman, makmur dan sejahtera.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan agar MDN terus mengemudi agensi keselamatan negara dengan lebih cemerlang di masa hadapan.

Sumber: Hamzah Zainudin

May be an image of 1 person, standing and indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS