Berita

#PPN #COVID-19 [KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI KEBANGSAAN 2021: SEMANGAT JUANG RAKYAT KEKAL TINGGI HARUNGI CABARAN PANDEMIK

Kuala Lumpur, 31 Ogos 2021 –Sudah dua kali kita meraikan Hari Kebangsaan dalam norma baharu akibat COVID-19. Jika direnung kembali, memang banyak ketidakpuasan hati, kemarahan, dan kegusaran kita rasakan sepanjang 18 bulan lalu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada 18 Mac tahun lalu.

Ini semua mungkin menyebabkan kita berputus asa dan kurang rasa bangga sebagai rakyat. Namun, masih banyak lagi hal baik yang berlaku di sekitar kita yang boleh dibanggakan dan bersyukur.

Pertama, kesungguhan rakyat seperti jelas ditunjukkan menerusi kepantasan kadar vaksinasi dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Disebabkan kesungguhan kerajaan mendapatkan pelbagai jenis vaksin dan mempercepatkan proses vaksinasi, khidmat jangkauan komuniti, komitmen petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta kerjasama rakyat mendaftarkan diri, sudah lebih 60 peratus populasi dewasa di Malaysia menerima dua dos vaksin COVID-19.

Kita sepatutnya berbangga kerana kadar vaksinasi COVID-19 di negara ini adalah terpantas di dunia, yang tidak mungkin dapat dicapai tanpa kesungguhan kita semua.

Kedua, sifat tidak mementingkan diri sendiri dalam kalangan rakyat terutama petugas barisan hadapan. Kita sangat bersyukur dan berbangga dengan mereka mempertaruhkan nyawa untuk memastikan keselamatan kita semua.

Mereka berkorban untuk kebaikan negara ini tanpa terlalu memikirkan diri sendiri serta isu perjawatan yang sekian lama diperjuangkan. Walaupun tampuk pemerintahan negara bertukar, mereka boleh diharapkan untuk menjaga, mempertahankan dan menyelamatkan kita.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS