Berita

HARI PAHLAWAN 2021: PROGRAM JEJAK PERWIRA XXIII

Bersempena Sambutan Peringatan Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai lalu, Jabatan Pengurusan membawakan kepada anda Program Jejak Perwira dengan memaparkan sejarah serta menyantuni pahlawan negara yang telah bersara dan masih hidup di seluruh Malaysia.

Program inisiatif Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass tersebut bertujuan mengenang pengorbanan dan jasa-jasa warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan tanah air tercinta.

Semoga dengan adanya siri kisah keperwiraan para penerima Bintang Kehormat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.), Pingat Keberanian Panglima Gagah Berani (P.G.B.) dan Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.) ini akan menjadikan kita lebih menghargai nilai jasa dan pengorbanan wira-wira negara PDRM yang sanggup mempertaruhkan jiwa serta raga mereka kepada negara dicintai, Malaysia.

Ikuti kisah wira negara, mendiang ACP Tuan S. Kulasingam Sabaratnam (P.G.B.) menerusi Facebook Rasmi Jabatan Pengurusan PDRM.

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS