Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH JIPS ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE IPK PERLIS

Kangar, 30 September 2021 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Azri Ahmad telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini, hari ini.

Kehadiran beliau telah disambut mesra oleh Ketua Polis negeri, DCP Dato' Surina Saad bersama sebahagian warga kerja kontinjen.

Usai kunjungan tersebut, beliau telah merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat JIPS SeMalaysia yang bertempat di Mes Pegawai Kanan Polis Kangar.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard), DCP Dato' Allaudeen Abdul Majid, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Perundangan/Kajian Kes) JIPS, SAC Tuan Nordin Manan, Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Tuan Baderulhisham Baharudin dan Ketua JIPS kontinjen Perlis, Superintendan Amir Hussin.

Sumber: PDRM Perlis

May be an image of 8 people

May be an image of 2 people and text that says 'DIRAJA IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN PERLIS H. ด UNEO 1 6s'

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text that says '9 DIRAJAMALAY IBU PEJABAT POLI KONTINJEN PERLI'

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 8 people


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS