Alor Setar, 30 September 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim mengadakan lawatan kerja ke JSPT, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.
Lawatan kerja tersebut adalah yang julung kalinya selepas beliau dilantik menjadi Pengarah JSPT pada 28 September yang lalu.
Hadir sama, Ketua JSPT kontinjen Kedah, Superintendan Chuah Seong Lim, Ketua-Ketua Bahagian dan para pegawai kanan serta anggota JSPT kontinjen Kedah.