Berita

POSTING PILIHAN: MDN ADAKAN LAWATAN KERJA KE IPK MELAKA

Melaka, 30 Oktober 2021 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, di sini, pagi tadi.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dengan diiringi Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali.

Lawatan kerja tersebut diadakan bagi memantau tahap kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain membincangkan kekuatan keanggotaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan datang.

Hadir sama, Ketua-Ketua Jabatan dan para pegawai kanan Kontinjen Melaka.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS