Berita

ARTIKEL PILIHAN: ANGGOTA POLIS BERTUGAS DI PRN MELAKA, SARAWAK DIBERI KEUTAMAAN DOS PENGGALAK

Kota Bharu, 31 Oktober 2021 - Lebih 10,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bakal bertugas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Sarawak diberi keutamaan untuk menerima dos penggalak vaksinasi COVID-19.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, berkata pihaknya sudah membuat permohonan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada 26 Oktober lalu.

"Setakat ini lebih 7,000 anggota ditugaskan mengawal kelancaran PRN di Sarawak, manakala seramai 3,600 lagi bertanggungjawab menjalankan tugas di PRN Melaka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Bagaimanapun, pihak kami masih menunggu kelulusan daripada KKM untuk menjalankan proses suntikan dos penggalak terbabit selain mahu memastikan kesemua 127,000 anggota di seluruh negara turut menerimanya," katanya.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Penyerahan 23 kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux GS Cargo dan 11 buah Van Go Auto Higer di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini.

"Kenderaan ini adalah sebagai pemudah cara kepada anggota polis dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat selain menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada PDRM," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../anggota-polis-bertugas-di...

Sumber: Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS