Kulai, 31 Oktober 2021 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin meneruskan agenda lawatan kerjanya dengan mengunjungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Johor, di sini, pagi tadi.
Beliau yang diiringi Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah disambut mesra oleh Timbalan Ketua Polis negeri, DCP Dato’ Khaw Kok Chin.
Lawatan kerja tersebut diadakan bagi meninjau penugasan warga IPD Kulai selain membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk setempat.