Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#PPN #COVID-19 [ARTIKEL PILIHAN] PRN SARAWAK: 9,356 PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS DITUGASKAN - TIMBALAN KPN

Gombak, 29 November 2021 - Polis akan menggerakkan 9,356 anggota dan pegawainya bagi mengawal keselamatan serta memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak bermula 6 Disember ini.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, semua anggota dan pegawai tersebut membabitkan kontinjen Sarawak.

Beliau berkata, keanggotaan dari negeri berkenaan dilihat mencukupi, namun Bukit Aman bersedia menambah petugas jika diperlukan.

"Polis sudah bersiap sedia dan kami tidak mempunyai sebarang masalah menghadapi penugasan PRN Sarawak tidak lama lagi.

"Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai tidak cuba mencetuskan kekecohan dan mematuhi SOP untuk memastikan PRN ini berjalan lancar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.bharian.com.my/.../prn-sarawak-9356-pegawai...
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PRN Sarawak: 9,356 pegawai, anggota polis ditugaskan | Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS