Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM DATO’ KHAIRI AHRASA

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga pesara SAC Dato’ Khairi Ahrasa yang telah meninggal dunia di Hospital Taiping, Perak semalam.

Allahyarham telah mencurahkan bakti hampir 42 tahun dalam Pasukan dan jawatan terakhir disandang beliau adalah sebagai Ketua Penolong Pengarah, Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman sebelum menjalani persaraan wajib pada tahun 2017.

Didoakan agar roh Allahyarham SAC Dato’ Khairi Ahrasa dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.
Al-Fatihah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS