Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RM620 JUTA BINA LIMA IPD BAHARU

Johor Bahru, 30 November 2021 - Sebanyak lima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sedang dibina di seluruh negara dan dijadualkan siap pada tahun 2022 serta 2024 dengan melibatkan kos RM620 juta.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainuddin berkata, pembinaan IPD Muallim, Perak dengan kos RM85 juta dijadual siap pada 10 Julai tahun depan, manakala IPD Jeli, Kelantan (RM130.3 juta) dijadual siap pada 31 Ogos tahun depan.

"Selain itu, IPD Lawas, Sarawak (RM138.07 juta) dijadual siap pada 9 September tahun depan, IPD Hulu Terengganu, Terengganu (RM108.88 juta) dijadual siap pada 14 April 2024 manakala IPD Klang Utara, Selangor (RM159.3 juta) akan mula memasuki tapak pada tahun depan.

"Semua IPD ini sedang dibina kecuali IPD Klang Utara. Selain lima IPD ini, satu lagi IPD akan dibina yang kini dalam proses dokumentasi iaitu IPD Belaga, Sarawak dengan kos RM90 juta." katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Projek IPD Iskandar Puteri di sini, semalam.

Hadir sama dalam majis tersebut iaitu Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 6 people, people standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS