Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

"TIGER PLATOON" PGA SELAMATKAN 19 MANGSA TANAH RUNTUH DI GENTING PERES

Seramai 19 mangsa yang masing-masing terdiri daripada 14 dewasa, seorang warga emas dan empat kanak-kanak berjaya diselamatkan oleh unit elit Pasukan Gerakan Am (PGA), "Tiger Platoon" selepas terkandas dalam kejadian tanah runtuh dekat laluan Genteng Peres-Kuala Klawang di Hulu Langat, Selangor, hari ini.

Turut bersama PGA dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terkandas itu ialah rakan sahabat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan melalui 11 jalan darat yang tidak boleh dimasuki sebarang jenis kenderaan.

Syabas PGA dan pasukan sahabat JBPM!

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS