Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

OP PASCA BANJIR: LAWATAN KERJA TIMBALAN KPN KE PKTK, HULU LANGAT

#OPBANJIR

Kajang, 31 Disember 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Dewan Dato' Nazir dekat Hulu Langat, Selangor, di sini.

Kehadiran beliau disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed bersama Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan sebelum mendengar taklimat berkenaan tugas pemulihan serta pembersihan pasca banjir yang membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi berkaitan.

Selesai taklimat yang diadakan, Dato' Razarudin telah dibawa melawat ke Markas Taktikal (MARTAK) Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tengah dekat Kem Tekali di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, mendengar taklimat berkaitan penugasan terkini bagi Operasi Pasca Banjir di sekitar Selangor.

Seusai itu, Timbalan KPN telah turun padang meninjau gotong-royong mega yang membabitkan pelbagai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor. Semasa tinjauan dilakukan beliau berkesempatan berjumpa dengan para petugas dan menyuntik kata-kata semangat kepada mereka yang telah bertungkus lumus membersihkan kawasan persekitaran sejak semalam.

Turut hadir, Komander Briged Tengah PGA, SAC Tuan Muhammad Abdul Halim, Pegawai Turus Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Dr. Shazrin Azlin Ruslan dan Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Rudy Abdullah serta warga PDRM.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'RAN 634 433 /31 294 474 ZAID POLIS RUDIN POLIS'

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 3 people

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 11 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people and outdoors

May be an image of 3 people and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and outdoors


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS