Penduduk Kampung Sungai Lui, Taman Desa Kelinci, Hulu Langat menarik nafas lega apabila sumber bekalan air bersih diperolehi hasil inisiatif Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5, Ipoh, Perak, Polis Diraja Malaysia yang telah menempatkan enam tangki air secara kekal bagi memudahkan mereka menggunakan keperluan asas tersebut setiap hari.