Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#OPBANJIR POSTING PILIHAN: WARGA KERJA IPD SHAH ALAM TERJEJAS BANJIR TERIMA SUMBANGAN DARI MCPF

Shah Alam, 31 Disember 2021 - Warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang terjejas akibat banjir baru-baru ini telah menerima sumbangan daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim di perkarangan IPD Shah Alam.

Sumbangan yang berupa al-Quran dan barangan keperluan asas itu diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung mereka yang terjejas akibat bencana alam tersebut.

Turut hadir, Setiausaha MCPF Selangor, Dato' Muhammad Fuad Talib, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sharul Lalli Masduki bersama isteri, Datin Rokiah Zainudin merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Selangor.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS