Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: BUKIT AMAN BURU PELUMBA KERETA DI LEBUH RAYA

Kuala Lumpur, 30 Januari 2022 - Kenderaan yang terbabit dengan kegiatan lumba haram termasuk di lebuh raya, akan disita Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tempoh yang panjang, selain pemandunya dikenakan saman maksimum.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Hj. Zainal Abidin berkata, perbuatan berlumba di lebuh raya itu jelas melanggar undang-undang, selain mengundang bahaya dan padah kepada diri sendiri serta pengguna lain.

"Kita akan buat tindakan susulan untuk mengesan lokasi serta pelakunya. Setiap perbuatan melanggar undang-undang, pasti akan menerima padah dan kesannya.

"Tindakan sita kenderaan dalam tempoh masa yang lama akan dikenakan terhadap pelaku, selain saman dengan kadar maksimum bagi memastikan aktiviti sama tidak berulang," katanya.

Beliau mengulas video tular di media sosial memaparkan sekumpulan pemandu kereta berlumba sesama sendiri di lebuh raya sehingga menimbulkan kemarahan netizen.

Dr. Bakri berkata, dalam usaha membendung kegiatan lumba haram, pihaknya akan mempertingkatkan rondaan dan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap samseng jalanan secara 'show off' atau terang-terangan di lebuh raya utama negara ini yang dilihat semakin berleluasa saban hari.

Selain itu, JSPT juga akan membuat lebih banyak sekatan jalan raya di kawasan-kawasan berisiko tinggi berlakunya kegiatan itu sebagai isyarat kepada 'kaki lumba haram' berfikir dua kali kerana menyedari tindakan mereka sudah dihidu lebih awal oleh pihak berkuasa.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../bukit-aman-buru-pelumba...

Sumber: Berita Harian

Tangkap layar video yang memaparkan sekumpulan pemandu kereta sedang berlumba di lebuh raya yang kini sedang dikesan Polis Trafik
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS