Setiap warga Polis Diraja Malaysia telah dilatih agar sentiasa bersedia memberi khidmat bakti kepada masyarakat tidak kira di mana jua berada.
Itulah yang dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang diketuai oleh Inspektor Zulhisyam Aziz tatkala membantu menolak sebuah van yang mengalami kerosakan di Jalan Kluang - Mersing, Johor ke bahu jalan semasa penugasan Op Lancar dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain dan aliran trafik berjalan lancar.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat. Semoga ia menjadi teladan dan inspirasi buat warga Pasukan.
Sumber: Polis Johor
Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/637367940671401/