Berita

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA TAHUN 2022

Salam Sejahtera dan Salam Polis Diraja Malaysia.

Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina merupakan sebahagian daripada keunikan kebudayaan Malaysia yang mencerminkan keutuhan perpaduan, sikap toleransi serta apresiasi kepada kepelbagaian yang berakar umbi dalam sanubari rakyat di negara ini.

Saya yakin, kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini jelas dirasai dan disyukuri oleh masyarakat Tionghua, bermula dengan tradisi makan besar keluarga (family reunion dinner), setelah sekian lama ia diraikan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ketat.

Sungguhpun lebih banyak kelonggaran yang diberikan untuk kita kembali menikmati suasana normal dalam norma baharu bagi sambutan perayaan kali ini, namun teruskanlah menunaikan tanggungjawab masing-masing memutuskan rantaian pandemik COVID-19, demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Di kesempatan ini, saya dan seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan rakyat Malaysia berketurunan Tionghoa yang meraikannya.

Bagi mereka yang merancang untuk pulang ke kampung sempena cuti perayaan ini, pastikan langkah-langkah keselamatan diberi perhatian yang sewajarnya, agar kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat.

Memandulah dengan berhemah dan patuhi peraturan keselamatan jalan raya yang ditetapkan, agar selamat sampai ke destinasi yang dituju.

“Gong Xi Fa Cai”, “Xin Nian Kuai Le”

(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

May be an image of ‎text that says '‎و Selamat Menyambut TAHUN BAHARU CINA 1 FEBRUARI 2022 f Polis Diraja Malaysia Terbitan Konsep Urus Setia PN Komunikasi Korporat) pdrmsia_offici PDRMsia PDRMsia PDRMsia Official‎'‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS