Kuala Lumpur, 31 Januari 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi menerima kunjungan hormat keduanya daripada pegawai polis luar negara.
Beliau mengadakan perbincangan empat mata bersama Pegawai Royal Thai Police (RTP), Police Colonel Somyot Srisorayut, bertempat di bilik tetamu JSJN berkenaan isu penyeludupan dadah di antara Malaysia dengan negara jiran, Thailand.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, DCP Tuan Zainudin Ahmad dan Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), JSJN Bukit Aman, DCP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid.