Sepasukan pegawai dan anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor giat membantu menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan, semalam.
PPM telah diaturgerak bagi menyelamatkan mangsa terutamanya warga emas, orang kurang upaya, kanak-kank dan wanita. Selain itu, kesemua aset seperti bot dan lori telah digerakkan bagi memudahkan proses pemindahan mangsa-mangsa banjir ke tempat yang selamat.