Kuala Lumpur, 28 Februari 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat delegasi United Nations Selection Assistance and Assessment Team (UNSAAT) yang diketuai Superintendant Mam Bintou Ndongo bersama Brigadier General Akram Hassan Afifi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.
Antara agenda yang dibincangkan dalam kunjungan tadi ialah pemilihan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan tugas pengaman dalam misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan senario keselamatan negara-negara yang bergolak di bawah perhatian United Nation (UN).
UNSAAT ini dikendalikan oleh Cawangan Istiadat, Jabatan Pengurusan PDRM yang diketuai oleh Ketua Pegawai Turus Istiadat, Superintendan Mohamad Ra'ayim Hj. Jemakir dan pemilihan melibatkan 150 peserta dari pelbagai jabatan dalam PDRM.
Hadir sama, Ketua Polis Pahang, CP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Tuan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Penolong Pengarah Pengurusan Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Tuan Nor Azman Mohd Noor.
Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan.