Berita

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM LANS KOPERAL AMINURZAKWAN AMANORASHID

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Lans Koperal Aminurzakwan Amanorashid yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kampung Gaung, Jalan Pasir Mas ke Lubok Jong, Kelantan ketika hendak memulakan tugas ronda cegah jenayah, pagi tadi.

Allahyarham bertugas sebagai anggota Unit Rondaan Bermotosikal, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan dan telah berkhidmat dengan Pasukan hampir 10 tahun.

Didoakan agar roh Lans Koperal Aminurzakwan Amanorashid dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#30032022

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎اناالن هوان AL-FATIHAH SALAM TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA Allahyarham Lans Koperal Aminurzakw Amanorashid Ikhlas daripada: Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Razarudin Husain & Seluruh Warga Polis Diraja Malaysia Polis Diraja Malaysia DRMsia PDRMsia DRMsia_‎'‎‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS