Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT SEMPURNAKAN PENUTUPAN TAMAT LATIHAN PLAK KONSTABEL SIRI 5/2021 PULAPOL SEGAMAT

Segamat, 30 Mac 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim hari ini menyempurnakan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Siri 5/2021 di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat, Johor, di sini.

Penyampaian sijil kepada 494 pelatih konstabel itu telah dilaksanakan dalam suasana norma baharu dengan mengikut prosedur operasi standard yang ketat.

Hadir sama, Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi) Bukit Aman, ACP Chuah Yong Huat, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh dan barisan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS