Berita

DSA & NATSEC ASIA 2022: KPN DAN TIMBALAN MDN II SERIKAN MAJLIS PENUTUP DI MITEC

 
Kuala Lumpur, 31 Mac 2022 - Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) Asia 2022, hari ini melabuhkan tirainya yang berlangsung dengan meriah di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Turut hadir mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam majlis berprestij itu ialah Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yassin yang mewakili Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin.

Selama beberapa hari lepas, dua buah kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan bersama agensi masing-masing termasuk Polis Diraja Malaysia telah bekerjasama memastikan penganjuran tahun ini berjaya sepenuhnya.
Dato' Seri Hishammuddin dalam ucapannya tadi turut mengumumkan bahawa DSA dan NATSEC ASIA edisi seterusnya bakal berlangsung pada bulan Mei 2024.

Hadir sama, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ruslan Khalid, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzzaman Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, SAC M Kumar S Muthuvelu.

Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.
May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 6 people

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS