Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PDRM RAI PERKHIDMATAN CEMERLANG 10,109 WARGA PDRM BAGI TAHUN 2021

Kuala Lumpur, 31 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini meraikan 10,109 warganya yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun lalu dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 1,044 penerima merupakan Pegawai Kanan Polis, 8,089 penerima Pegawai Rendah Polis dan 976 penerima Pegawai Awam PDRM.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 itu disampaikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani sambil diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Tuan Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass.

Sementara itu, seramai 19 warga PDRM yang terpilih dari pelbagai latar belakang pula diberikan sijil anugerah bagi tahun 2021 yang diketuai oleh Dato' Zaini Jass kerana mempamerkan kualiti kerja yang cemerlang sepanjang tahun.

Pada kali ini, PTPTN sekali lagi berbesar hati memberikan inisiatif bernilai RM1,000 melalui Sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime kepada semua penerima APC.
Seusai majlis, Tan Sri Acryl Sani juga sempat meluangkan masa menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara KOPMantap Berhad bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan Capital A Berhad.

Nota MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif KOP
Mantap Berhad, Datuk Ir. Ts. Hj. Wan Nazri Hj. Wan Aria dengan Ketua Setiausaha KPPK, Datuk Ravi Muthayah dan Pengerusi Eksekutif Capital A Berhad, Datuk Kamarudin Meranun.

Hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri KPPK, Dato' Seri Dr. Wee Jeck Seng dan Pengerusi Koperasi PDRM, Dato' Hasanuddin Hassan.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎TABUNG Peny KH AHI ACRY SANI Ppo ηم MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA KUALA LUMPUR‎'‎‎

May be an image of 2 people and text that says 'ACRYLSANI TABUNG endidikan SUMBANGAN PEMBUKAAN AKAUN Simpan SSPN PRIME'

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 1 person, standing and text that says '@HA RUSI IG EHRM EH C MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA KUALA LUMPUR IA M SIN HAS'

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎RANI וראמP ه NDATA ACRYL capita RDMA PERS MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA KUALA LUMPUR ANGAN‎'‎‎

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 3 people, beard and people standing

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS