Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersedia menghulurkan bantuan, dalam apa jua situasi, demi memastikan keselamatan masyarakat terjamin.
Walaupun dalam keadaaan hujan dan berisiko, Koperal Muhamad Firdaus Halidi dan Lans Koperal Ahmad Safuan Zulkifli dari Ronda Cegah Jenayah, Balai Polis Kelana Jaya, Selangor segera membantu mengalihkan sebuah kereta di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam, selepas ia mengalami kerosakan.
Tindakan kedua-dua anggota tersebut bukan sahaja melancarkan lalu lintas, malah dapat menghindari sebarang perkara buruk daripada berlaku.
Pohon doa anda semua agar para pegawai dan anggota PDRM terutamanya di lapangan sentiasa dilindungi keselamatan mereka dan mampu menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat dengan sebaiknya.
Sumber: Balai Polis Kelana Jaya
Pautan: https://www.facebook.com/balaipolis.kelanajaya/videos/1314695735688422/