Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain meninjau aliran trafik dan keadaan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melalui udara sempena pelaksanaan Op Selamat 18, petang semalam.
Tinjauan udara itu menggunakan helikopter AW139 milik Pasukan Gerakan Udara dan turut disertai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Aidi Ismail bersama Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nadzri Hussain.
Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/821900162116435/