Berita

ARTIKEL PILIHAN: LARIKAN DIRI KETIKA SJR UNDANG RISIKO KEMALANGAN – PENGARAH JSPT

Kuala Lumpur, 28 Mei 2022 - Polis mengingatkan pengguna jalan raya agar tidak bertindak melarikan diri semasa pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) kerana ia mengundang risiko kemalangan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, tindakan sedemikian boleh mengundang risiko kemalangan kepada nyawa individu itu sendiri, pengguna jalan raya lain serta anggota pasukan penguatkuasaan yang bertugas.

Menurutnya, masih ramai yang mengambil jalan mudah dan terus bertindak melarikan diri dari sekatan.
"Pemeriksaan ini adalah untuk mengesan kesalahan dilakukan oleh pengguna jalan raya.
Rutin itu bukanlah merujuk kepada kes jenayah dan tidak ada keperluan untuk melarikan diri dari sekatan.

"Kita khuatir apabila mereka melarikan diri dari sekatan akan menempah risiko lebih besar sama ada dilanggar kenderaan lain atau merempuh anggota bertugas," katanya pada Sabtu.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Larikan-diri-ketika...

Sumber: Sinar Harian