Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

UJIAN KEMAHIRAN TEMBAK PDRM, PTD DAN ATM ERATKAN JALINAN UKHUWAH ANTARA AGENSI

Kuala Lumpur, 28 Mei 2022 - Ujian Kemahiran Tembak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berlangsung di Kompleks Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), pagi tadi.

Ujian kemahiran tersebut bertujuan mengeratkan lagi jalinan ukhuwah di antara kepimpinan tertinggi pentadbiran dan pasukan keselamatan negara selain menguji tahap kemahiran para peserta meraih kemenangan dalam pertandingan serta meningkatkan kemampuan mengendalikan senjata api.

Sebanyak empat acara dipertandingkan iaitu Rapid Shooting, Center Fire Shooting, Bulls Eye Shooting dan Shoot Off VIP.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Razarudin Husain dengan penuh bergaya mengungguli kedudukan pertama bagi acara Rapid Shooting manakala bagi acara Center Fire Shooting dimenangi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Hj. Affendi Hj. Buang TUDM.

Bagi acara Bull Eye Shooting dan Shoot Off VIP masing-masing dimenangi oleh Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Encik Sophian Ab Rahman dan kumpulan Ketua Setiausaha Negara diketuai oleh Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara.

Berucap dalam majlis yang diadakan, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berharap agar ‘camaraderie’ antara agensi-agensi akan terus diperkukuhkan bukan sahaja dalam aspek penugasan tetapi juga dalam program sukan dan sosial.

"Semoga ujian kemahiran tembak yang diadakan pada hari ini mengeratkan lagi jalinan ukhuwah di antara kepimpinan tertinggi pentadbiran dan pasukan keselamatan negara," ujar beliau.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnain, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali serta barisan pengarah PDRM.

Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text that says '2 UTAMAKAN KESELAMATAN'

May be an image of 1 person and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person and text that says 'D1T4 CENTRE-FIRE FIRE 2'x2' UTK 10 AK MI S1'

May be an image of 2 people and outdoors

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person and outdoors

May be an image of 1 person

May be an image of 2 people

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people, outdoors and text that says 'AN KESELAMATAN 55 20M ISRI'

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'POLIS DIRAJA MALAYSIA AN AA'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS