Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

HARI INI DALAM SEJARAH PDRM

Hari ini pada 26 Jun 2019, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah berkolaborasi dengan Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad (VTREC) ke arah memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mengurangkan kadar jenayah curi kenderaan.

Simbolik sinergi kedua-dua entiti itu telah disempurnakan oleh Pengarah JSJ ketika itu, CP Dato’ Huzir Mohamed dan disaksikan oleh Penasihat Kanan VTREC, Tuan Mohd Yusof Idris dalam Majlis ‘Soft Launch’ Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2019 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Menurut Dato' Huzir, kolaborasi yang ditampilkan oleh VTREC telah membantu PDRM mengenalpasti kelemahan-kelemahan serta meningkatkan jaringan kerjasama yang strategik dalam usaha mencegah dan mendidik orang ramai membasmi jenayah curi kenderaan daripada berlaku.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS