Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PENGARAH PENGURUSAN HADIR PROGRAM LAWATAN HOSPITAL SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-215

 
Kuala Lumpur, 27 Jun 2022 – Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Datin Hairiah Hj. Mohd Tahir hari ini telah menghadiri Program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 di Hospital Tunku Azizah, di sini.

Program anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) tersebut bertujuan menyantuni pesakit dalam kalangan kanak-kanak yang ditempatkan di Wad 10C dan Wad 10D di hospital berkenaan selain menyumbangkan lima buah kerusi roda sebagai tanda prihatin Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada para pesakit yang dirawat di sana.
Datuk Zaini dalam ucapannya berkata, program seumpama ini memberi ruang kepada warga PDRM untuk memberi sokongan moral kepada para pesakit di samping menyelami penderitaan mereka.

“Terima kasih kepada para petugas kesihatan serta seluruh warga Hospital Tunku Azizah yang komited berkhidmat dalam memberikan rawatan bertaraf lima bintang kepada wanita dan kanak-kanak di negara ini.

“Semoga lawatan sebegini dapat menyuntik keceriaan kepada pesakit, khususnya kanak-kanak yang yang ketika ini diuji dengan penyakit masing-masing,” kata beliau.

Hadir sama, Pengarah JSJN merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Wira Mat Kassim Karim, Pengerusi PERKEP JSJN, SAC Datin Zalena Mohd Ariffin, Pengarah Hospital Tunku Azizah, Dr. Shamsul Anuar Kamarudin, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datin Paduka Dr. Rohana Johan serta Pengerusi PUSPANITA HKL, Dr. Ros Suzanna Ahmad Bustamam.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 5 people, people sitting, people standing, headscarf and indoor

May be an image of ‎4 people, people standing, indoor and ‎text that says '‎حرنق PROGRAM LAWATAN HOSPITAL SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE 215 a YDH CP DATUK ZAINI BIN JASS PENGARAH PENGURUSAN POUISD AMALAY HOSPITAL TU KUALA 022[ ISNIN 2NH PDRM‎'‎‎

May be an image of 6 people, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 2 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 1 person and text that says '13 心 AUDITORIUM PERDANA HOSPITAL TUNKU AZIZAH Idea Dekorasi: Dr. noor waliza Binti Yussolf O& 2009 20r2 @HAK OGRAM LAWAT SEMPENA PE HARI POLIS YDH CP DATUK Z OLEH PENGARAH PEN HOSPITAL TUNKU AZIZAH IRAJA KU AZIZAH, JUN 2022'

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 7 people, people sitting, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 4 people, people standing, indoor and text


May be an image of 14 people, people standing and indoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS