Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: KPN TERIMA SIJIL PENGHARGAAN DARIPADA MDN

Putrajaya, 28 Jun 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menerima sijil penghargaan daripada Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin dalam Majlis Apresiasi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 (JKPS) di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri, di sini.

Sijil penghargaan tersebut adalah simbolik tanda penghargaan pihak Kerajaan kepada kesemua jabatan dan agensi yang telah bertungkus lumus memastikan negara mampu beralih ke fasa endemik.

Dalam hal ini, PDRM telah memainkan peranan utamanya memberikan advokasi kepada seluruh rakyat Malaysia berkaitan peralihan fasa endemik tersebut.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS