Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: TIMBALAN MDN I PENGERUSIKAN MESYUARAT KHAS PENDAFTARAN TAWP

Kuala Lumpur, 28 Jun 2022 - Timbalan Menteri Dalam Negeri (MDN) I, Dato’ Sri Dr. Hj. Ismail Hj. Mohamed Said telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Pendaftaran Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara, Bukit Aman, di sini, semalam.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass.

Antara agenda perbincangan tersebut ialah mengenai dasar pemilihan akta yang sesuai bagi mendaftar TAWP dan resolusi khas daripada semua ahli lembaga pengurus tabung.

Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Hj. Azmi Adam, Ahli-ahli Lembaga Pengurus TAWP, wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pendaftaran TAWP.


May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 1 person, sitting and standing

May be an image of 1 person, sitting and standing

May be an image of 1 person, sitting and office

May be an image of 3 people, people sitting and people standing

May be an image of 2 people

No photo description available.

May be an image of 8 people, people sitting and office
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS